Menu
Solat Dalil wajib solatDalil-dalil Al-Quran.
1. Surah Al-Baqarah ayat 149 :
Maksudnya :
" Dan dari mana saja engkau keluar ( untuk mengerjakan solat ) hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram ( Kaabah ). Sesunggunya perintah berkiblat ke Kaabah itu benar dari Allah ( tuhanmu ) dan ingatlah Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan ".[1]
2. Surah Al-Baqarah ayat 150:
Maksudnya:
" Dan dari mana saja engkau keluar ( untuk mengerjakan solat ) maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram ( kaabah ) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi sebarang alasan bagi orang yang menyalahi kamu, kecuali orang yang zalim diantara mereka ( ada saja yang mereka jadikan alasannya ). Maka janganlah kamu takut kepada cacat cela mereka dan takutlah kamu kepada-Ku semata-mata dan supaya Aku sempurnakan nikmat-Ku kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah ( mengenai perkara yang benar ) ".[2]
Dalil-dalil Hadis.
Ayat-ayat ini dijelaskan Rasulullah saw dengan sabdanya : “Islam didirikan dari lima sendi : mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang sebenar-benarnya disembah melainkan Allah yang Maha Esa, mengaku bahawasanya Muhammad itu pesuruhNya; mendirikan solat; mengeluarkan zakat; mengerjakan haji, dan berpuasa di bulan Ramadhan.” (HR BUKHARI DAN MUSLIM DARI IBNU UMAR) (TAISIRUL WUSHUL 1 : 13)[3]
Menu
Solat Dalil wajib solatBerkaitan
Solat Solat Sunat Rawatib Solat Jumaat Solat jamak Solat subuh Solat Sunat Tahiyyatul Masjid Solat hajat Solat Sunat Awwabin Solat qada Solat sunatRujukan
WikiPedia: Solat http://www.angelfire.com/pro/sembahyang/ http://books.google.com.my/books?id=ii2k7-iisTcC&p... http://books.google.com.my/books?id=nmUrN0B8cvQC&p... http://books.google.com.my/books?id=yLKkvUGFP34C&p... http://www.islamgrid.gov.my/petalaman.php http://www.muis.gov.sg/eservices/faqs/muis_faqmain... http://www.jomsolat.tk https://www.waktu-solat.com